Ramadhan

Ramadhan
Bulan Yg Penuh dgn Keberkatan

Friday, August 20, 2010

White Balance Kelvin


wb ni ada kiraan dia, kira mcm sifir jugak :)
wb kelvin amat bagus kalau kita dapat master dan peka dgn keadaan sekeliling,


contoh mudah, ini kalau suasana sekeliling natural, tidak kuning dan tidak biru,
kiraan 5300k ke atas sehingga 9900k akan menghasilkan warna kekuningan
kiraan 5000k ke bawah sehingga 2500k akan menghasilkan waran kebiruan


jadi penggunaanya bergantung pd pengaruh cahaya di sekeliling kita,
sptmana kata ustaz, paling menggerunkan adalah bila dgn cahaya lampu yg kekuningan sekeliling kita, jadi setkan wb tu pada kiraan bawah 5000k, sy biasa guna dlm 4000, bergantung pd keadaan, pentingnya wb kelvin ni juga, ianya ikut setting wb mengikut kepuasan sendiri, adakalanya org suka kekuningan, ada yg suka natural, kalau sy,sy lebih suka pd natural, so sy akan dapatkan kaler tu se natural yg mungkin :)


kalau yg minat shoot landscape, lagi² sunset, bleh la guna sampai 9900k, mmg nampak comel lote la sunset, kaler menikam kalbu..hehe
kalau shoot landscape natural biasanya sy set 5300k, dan ianya bergantung pd keadaan sekeliling, mcm biasa:)


wb ni penting lagi bila shoot wedding, dan biasanya photog set auto wb je yg sy tahu dan sy pernah tanya, kalau silap set kuning la muke pengantin....ekekeke
utk wedding sy guna Kelvin shj...bila once kita dah terbiasa guna Kelvin nim, sure taknak pi dekat auto lagi....thehehe...itu gunanya dslr, bila manual, semua yg ada kita jadikan manual...sampai ke kelvin pun jadi manual, ingat sifir dalam kepala...thehehe
من صمت نجا

Tuesday, August 17, 2010

Bazar Ramadan

Jalan2 ke Bazar Ramadan Kemaman
Ayam Golek
Gerai Minuman

Char Koey Teow

Air Kelapa Pandan

light trail

Aktiviti semalam 16 ogos 2010..berlangsung sebagaimana dirancang Sayerlar tak dapat hadir sebab tak sedap badan..pun begitu  acara berlangsung dengan sempurna..




aktiviti akan sentiasa diteruskan ..bulan puasa bukan perlu simpan kamera dlm dry box..kerana byk moment yg perlu dirakam.

Thursday, August 12, 2010

Outim

Hari ini saya pastekan kata2 dari cg Tolahah.Muda.sebagai panduan utk saya sendiri dan juga tuan/puan yg baru mendekati hobi ini..semoga mendapat manfaat darinya.


) Kalau kita nak belajar jangan malu-malu untuk post gambar walaupun mungkin tak lawa. Mintak orang kritik, insyaAllah lama-lama akan pandai tanpa disedari. Sebenarnya sudah ramai insan berbakat yang kita tengok pada hari ini sebenarnya juga menghasilkan gambar tahap 'ayam prek' pada peringkat awal tetapi kini sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan.


2) Gambar aksi sesama sendiri boleh dipostkan tetapi tak perlu banyak sangat hingga sampai ke tahap hilang fokus kepada tujuan outing yang sebenar. Tujuan yang sebenar ialah kita mahu menghasilkan karya tahap 'masterpiece'. Bagaimana caranya bergantung kepada kreativiti bermain dengan angle, cahaya, speed, action dan sebagainya. Dari situ kita akan sama-sama belajar... "ooo kenapalah aku tak terfikir nak buat macam tu"... jadi proses pembelajaran sentiasa berkembang dan akan dipraktikkan pada outing berikutnya. 


3) Tidak ada masalah bermain dengan slow-shutter tetapi biarlah dari perspektif yang berbeza. Dan slow shutter tidak semestinya melibatkan air sahaja, ia juga boleh melibatkan pokok2 yang bergoyang, hujan yang turun... kenderaan yang bergerak, orang yang sibuk ke sana ke mari... semuanya boleh dislowshutterkan.


Sekian komen amber yang penuh keikhlasan dan tawadhu' ini. Bulan posser ni taklehlah mmbeeng2 ngat komeng. :lol:

Tuesday, August 10, 2010

3K /Black TT

Sekitar Acara


White Outim

Suasana di sini sebenarnya masih sebagaimana dahulu..tetapi hanya yg tua sahaja masih disini..sedangkan yg muda telah .kebandar.. apakah 10tahun lagi suasana begini akan ujud??

Sunday, August 8, 2010

Outim Kg Cina Air Jernih

Telaga asal yg dijaga dgn baik dah 100 tahun kata uncle

ini plak bahagian dalam dia..jernih airnya
menurut uncle , air telaga ni tak pernah kering
Mesin getah masih gagah, bakal menjadi sejarah

White : Outim Kg Cina Air Jernih

akan menjadi sejarah

Group Foto Oleh Razi CW

Hepi besday:: terkebetulan time buat outim berday nana sehari sebelumnya..makan cake makan donut ler dulu kami hehehe

Saturday, August 7, 2010

White: Outim

Apa yang menariknya ialah barangan lama terus disimpan disini..rumah lama.. telaga yg tak pernah kering..mesin membuat getah keping..semuanya akan menjadi nostalgia nanti

Gambar ini oleh Hasan Muhd
gambar oleh aku daaaa asik gambar worang jekkk
mesin getah masih baik penampilannya..

White : Outim Kg Cina Air Jernih

gambar oleh AL Alwi

Sebagai mana yg dirancang pada 6.Ogos 2010, seramai 21 ahli kelab telah bergerak ke Pekan Air Jerneh.. kami mula berkumpul di depan pasaraya Kemasik
Setelah 20 minit menunggu kenkawan 3.35pm kami berlepas ke Kg Air Jerneh..sebelum acara menembak berlangsung kami sepat meraikan majlis harijadi nana tengku TY secara ringkas....seterusnya pergi menemmmmbakkkkk


gambar atas pinjam Fazzila punya..
gambar bwh nim dari Mezi"Kunna"punya
bwh nim Wan fauzi nyer shoot
gambar bawah by Nana
Gambar bawah oleh Salina

gambar bawah oleh Al Alwi
gambar oleh

Tuesday, August 3, 2010

TT aka Sembang Fotografi


Diadakan di Mesramall dan seterusnya kepantai Kemasik Makan Duyan dan Sabjek..Ini merupakan sessi suaikenal..sesama ahli ..kehadiran sekitar 15 pax..syukur matlamat perjumpaaan ini berhasil.

Outim Di Bukit Besi & Air Terjun Chemerong

Gabungan Tiga Kelab Dslr

Outim Di Bukit Besi & Air Terjun Chemerong

Gabungan 3 Kelab Dslr Kemaman Dungun Kerteh mencipta satu fenomena bari utk fotografer di Daerah ini.
chayuk.

Outim Kg Cina Air Jernih

6hb Ogos 2010 adalah outim kali ke3 anjuran kelab 3K, menakjubkan..semua memberi sokongan padu kepada outim yg direncanakan. Ini jelas menunjukkan hobby berkamera telah mula menular dgn pantas..

Hasrat ingin mempelajari kamera mula mendapat perhatian..Outim bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim sesama penggemar kamera..malah mampu memberi dan menerima maklumat serta pengetahuan berkait kamera..
Disetiap kali outim..sentiasa ada wajah baru yg turut serta..syukur..itu matlamat kami sebenarnya..

semoga kelab ini terus aktif dgn sokongan rakan Kelab yg berhampiran spt Dslr Kemaman dan Dslr Dungun..